Desquera Worldwide memahami kepentingan untuk memelihara hak persendirian atau privasi pengguna laman web kami yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan oleh pihak kami melalui laman web kami. Tujuan dasar privasi ini adalah untuk memberi gambaran terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami apabila anda memilih untuk menyertai ataupun menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami ataupun hanya untuk melayari laman web kami. Desquera Worldwide akan menyimpan maklumat peribadi anda ("Personal Information") apabila anda memberinya kepada kami apabila anda berdaftar dengan kami untuk menggunakan sebarang perkhidmatan kami. Kami tidak akan menyimpan atau mengambil sebarang maklumat anda sekiranya anda cuma melayari laman web kami.
NOTA:
Sekiranya anda memberi maklumat peribadi anda tanpa sebarang paksaan ataupun atas kerelaan anda sendiri melalui email sebagai contoh, maklumat anda akan digunakan oleh pihak yang bertanggungjawab dan anda akan menerima maklumbalas daripada pihak mereka. Walaupun Desquera Worldwide akan berusaha sedaya upaya untuk memelihara maklumat peribadi anda, kami tidak bolh jamin akan keselamatannya ketika anda memberikan kepada kami dan ianya adalah atas risiko anda sendiri. Anda bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya anda mengakses sdetox.com.
NOTA:
Sila beri perhatian dan bertanggungjawab yang sepenuhnya apabila anda menggunakan internet. Kami tidak menggunakan sebarang perkhidmatan atau laman web kami untuk mendapatkan data daripada ataupun memasarkan kepada kanak-kanak berumur 13 tahun kebawah. Kami berhak untuk menukar ataupun menambah dasar privasi kami pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami tetapi akan memaparkannya di laman web kami sekiranya ada perubahan baru. Dengan menggunakan laman web kami, anda tertakluk kepada dasar privasi yang ditetapkan oleh pihak kami dan anda juga bersetuju untuk mengulas ataupun membaca dan memahami dasar privasi kami dari masa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan yang mungkin atau bakal berlaku.
Dasar Privasi